Jiwa kacau
Jiwa Kacau[1] ialah blook berbahasa Malaysia yang pertama diterbitkan iaitu sekitar tahun 2005.[2] Diselenggarakan oleh Basri Nor Mohd.[3]
Sebenarnya buku ini adalah hasil kerja beberapa orang yang lain yang tidak pernah pun diperkatakan oleh sesiapa.
Blook
[sunting | sunting sumber]'Blook', asalnya perkataan Inggeris, bermaksud buku yang diterbitkan daripada catatan-catatan di blog. Ia kini menjadi trend baru di kalangan penulis-penulis blog, khususnya di beberapa negara Barat. Akhir tahun lepas sebuah syarikat pembekal teknologi penerbitan dalam talian Lulu.com memperkenalkan anugerah 'Blooker Prize', disesuaikan gelarnya daripada anugerah berprestij untuk industri buku 'Booker Prize', dan pemenangnya akan diumumkan Isnin depan (3 April 2006)[4]
Menurut kamus dalam talian Macmillan English Dictionary, perkataan 'blook' direka oleh Jeff Jarvis, seorang wartawan Amerika Syarikat, pada 2002. Istilah ini gabungan blog dan book (buku), sementara blog itu sendiri asalnya perkataan pendek daripada weblog atau catatan-catatan (log) di laman web, selalunya pandangan peribadi. [5]
Ulasan terpilih
[sunting | sunting sumber]Saudara Amir Mukhriz telah menulis, "Dengan 23 orang penulis yang berlainan latar, 172 buah karya kreatif dan non kreatif, Jiwa kacau adalah rencam. Adunan bahan yang terdiri daripada ngomelan pena, jenaka sinis, bait-bait sajak, hinggalah surat rasmi yang dihantar kepada majikan. Kandungan yang disirat dan disuratkan juga serencam genrenya, daripada sekecil-kecil hal di dalam dewan kuliah, hinggalah jerit perih kehidupan di dalam penjara. Mungkin memeranjatkan, tetapi bersesuaianlah dengan judul yang diberi kepada buku tersebut."
"Secara umumnya, Jiwa Kacau boleh dikategorikan sebagai bacaan santai yang bermanfaat. Ada yang langsung penyampaiannya, ada yang perlu diterbalik-balikkan ayatnya untuk memahami apa yang ingin disampaikan penulis. Ada yang sedikit penat untuk dibaca, dan ada juga yang menarik untuk diulang-ulang. Begitulah, rencam. Maka, tidaklah rugi untuk memiliki Jiwa Kacau, sekurang-kurangnya, untuk mengarkibkan sesuatu yang pertama seumpamanya dalam ujana buku tanah air." [6]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Blook, Jiwa Kacau, ISBN 983-42734-0-1
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-31. Dicapai pada 2007-11-06.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-06. Dicapai pada 2007-11-06.
- ^ http://en.wikipedia.org/wiki/Blook
- ^ http://mstar.com.my/cms/content.jsp?
- ^ http://jarimengetik.blogspot.com/2005/10/jiwa-kacau-blogs-yang-blook.html
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Blog Projek Blook
- Laman Lulu
- Geng Jurnal Diarkibkan 2008-03-05 di Wayback Machine